Suatu petang, sedang khusyu' Nisa' mencari bahan ilmiah untuk dijadikan rujukan assignment di internet, dengan pantas tangan kanan Nisa' menepis sesuatu yang bergerak di bahagian ubun-ubun..
pup..jatuh 'benda' yang membuatkan Nisa' sedikit terganggu..
Dipandang ke atas meja, rupa-rupanya seekor semut berwarna perang sedang mengeliuk kesakitan kerana tepisan Nisa' tadi..tangan Nisa' pantas mencapai tisu mahu dipenyekkan makhluk Allah yang kerdil berkenaan..Namun, tangan Nisa' terhenti pabila melihat kesungguhan semut berkenaan untuk bangun walaupun badannya sudah terlipat dua sehinggakan bahagian punggung semut menyentuh bahagian kepala semut..
Nisa' melihat dengan rasa bersalah...
'Maafkan aku,semut..aku tak sengaja', bicara Nisa' dengan sayu..dan Nisa' meneruskan pencarian mencari bahan..
Semut tetap gigih untuk meneruskan perjalanannya walaupun kaki belakangnya, hampir tercabut, semut tetap gigih mendapatkan tubuhnya yang asal..
Selang lima minit,Nisa' kembali melihat semut tadi..
Dan...
Seakan tidak percaya..semut kembali seperti sedia kala dan mampu berjalan walaupun terhincut..
Subhanallah...
Dengan berhati-hati,Nisa' mengangkat semut berkenaan untuk didekatkan ke manisan..
Nisa' perhatikan semut berkenaan..Desus hati Nisa', 'Semut pun bertasbih kepada Allah..semut ni lebih mulia daripada aku..alangkah berdosanya aku jika aku membunuh ia tadi'..
Semut dan Nisa' berpandangan..semut seakan memahami apa yang dituturkan dalam hati Nisa'(dengan izin Allah pastinya..)
Nisa' membiarkan semut menjamah rezekinya dan beliau meneruskan tugasannya..
Tidak sampai lima minit, Nisa' memandang kembali manisan tadi, tetapi semut sudah menghilang..Dicari sekeliling meja,langsung tidak kelihatan semut yang kesakitan tadi...
Nisa' termenung seketika dan bermonolog..'Mungkinkah ini petanda daripada Allah?'
***************************************************************
Pengajaran yang aku nak selitkan daripada cerita kat atas:
1) Jangan memamndang hina makhluk Allah yang lain..walaupun nampak kecil, tetapi semua yang ada kat Bumi ni, Allah yang cipta..jadi,JANGAN BONGKAK
2) SENTIASA RENDAH DIRI dalam beramal..jangan bermegah dengan amalan yang dibuat..sebenarnya ramai lagi yang lebih hebat daripada kita
3)SENTIASA MUHASABAH tak kira kat mana pun..belajarlah daripada sekeliling
Yang lain, pandai-pandaila kowang fikir dan nilai..hehehehe..=D
Salam
Tuesday, December 20, 2011
Friday, December 9, 2011
Nak Mengadu Pada Siapa ye???
pernah x kowang rasa keseorangan??dah la sowang-sowang, masalah bertimbun..xde sapa nak nolong..hmmm..cuba kowang (diri aku sendiri terutamanya) bandingkan diri kowang dengan salah seorang serikandi Islam ni..
Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim a.s melahirkan Nabi Ismail a.s. Berdasarkan sejarah, Siti Hajar ditinggalkan di tengah padang pasir, tanpa penghuni iaitu Mekah..Pada masa ni, Mekah hanyalah kawasan lapang berpasir yang kosong..
(Nabi Ibrahim a.s pun bukanlah terus tinggalkan tanpa menjenguk mereka..Nabi Ibrahim a.s tetap menjenguk mereka..ni sebagai bukti Nabi Ibrahim a.s xabaikan tanggungjawab pada anak dan isteri..)
kenapa Siti Hajar ditinggalkan ye???
hikmahnya, Allah nak bagi sesuatu yang istimewa..dengan peristiwa Siti Hajar berulang-alik dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali, maka umat Islam turut merasainya hingga kini semasa menunaikan haji..kedua, dengan hentakan kaki Nabi Ismail a.s(dengan izin Allah tentunya), maka terjadilah air zam-zam yang tidak kering sehingga kini..
agak-agak kowang la,camne Siti Hajar boleh kuat menghadapi semua seorang diri??
Rahsianya, Siti Hajar meletakkan Allah paling utama..semasa Siti Hajar ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s, beliau juga menangis dan merayu tidak ditinggalkan.. Tetapi apabila Nabi Ibrahim katakan bahawa ianya adalah perintah Allah, secara rela dan ikhlas, Siti Hajar membiarkan Nabi Ibrahim meninggalkan mereka sendirian..
Siti Hajar juga menangis dan merayu untuk tidak ditinggalkan..kowang pun kalau first time pisah ngan mak ayah, mesti melalak xingat dunia,kan(cam aku masa masuk asrama dulu..hehehe)..nangis tu xsalah..tapi jangan melampau..cuba ikhlaskan hati..mesti ada hikmah kenapa Allah biarkan kowang pisah ngan mak ayah..sebabnya, Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik dan bermakna..
eh eh..cam lari tajuk je..
xlari pun..
masa Siti Hajar ditinggalkan, pada siapa beliau mengadu??sudah tentu Allah..pada siapa beliau berharap??Allah juga..dan pada siapa beliau bergantung harap dan mengharapkan Nabi Ismail a.s dijaga sewaktu beliau berulang alik dari Safa ke Marwah demi mencaria air untuk anaknya??sudah pasti ALLAH..
nampak x???
kita sepatutnya cari Allah untuk mengadu semua masalah kita..xsalah nak cari kawan meluahkan perasaan..carilah..tetapi, banyak perbezaannya..ngadu kat kawan,xsemestinya kawan akan bagi cadangan yang kita nak..kadang-kadang kita yang kena balik..ngadu kat Allah,hati tenang..jalan penyelesaianya pasti ada walaupun bukan on the spot..Allah tahu hati hamba-hambaNya..Allah sentiasa Maha Mendengar..rintihlah padaNya..menangis lah depanNya..rahsia kita, pasti Allah simpan(sebab Allah memang dah tahu rahsia kita)..bagi rahsia kat kawan, xsemestinya selama-lamanya akan tersimpan sebab kawan juga manusia..dan manusia mudah lupa dan alpa...
dengan berselawat pun hati kita akan tenteram..melalui selawat,Nabi Muhammad s.a.w akan mengenali umatnya..kan seronok apabila kekasih kita dapat kenal kita..bila berselawat, rasa masalah dah selesai..tenang dan tenteram samapi boleh khayal sebab dah masyuk dengan selawat..:D
aku bukanlah seorang yang penuh ilmunya..ni sekadar peringatan untuk aku dan kowang..aku pn selalu je lupa..cubalah kita sama-sama mengadu pada Allah..hasilnya, kita xkan kecewa..Allah Is The Best..Muhammad Is Special..
Monday, November 28, 2011
Rapuh - Opick
Detik Waktu Terus Berjalan
Perhiaskan Gelap dan Terang
Suka dan Duka
Tangis dan Tawa
Tergores Bagai Lukisan
Seribu Mimpi
Berjuta Sepi
Hadir Bagai Teman Sejati
Diantara Lelahnya Jiwa
Dalam Resah dan Airmata
Ku Persembahkan
KepadMu Yang Terindah Dalam Hidupku
Meski Ku Rapuh
Dalam Langkah
Kadang Tak Setia KepadaMu
Namun Cinta
Dalam Jiwa
Hanyalah PadaMu
Maafkanlah Bila Hati
Tak Sempurna MencintaiMu
Dalam Dada
Ku Harap Hanya DiriMu Yang Bertakhta
Maafkanlah Bila Hati
Tak Sempurna MencintaiMu
Dalam Dada
Ku Harap Hanya DiriMu Yang Bertakhta
Meski Ku Rapuh
Dalam Langkah
Kadang Tak Setia KepadaMu
Namun Cnta
Dalam Jiwa
Hanyalah PadaMu
Maafkanlah Bila Hati
Tak Sempurna MencintaiMu
Dalam Dada
Ku Harap Hanya DiriMu Yang Bertakhta
Meski Ku Rapuh Dalam Langkah
Kadang Tak Setia Kepadamu
Namun Cinta Dalan Jiwa Hanyalah Padamu
Maafkanlah Bila Hati
Tak Sempurna MencintaiMu
Dalam Dada
Ku Harap Hanya DiriMu Yang Bertakhta
Detik Waktu Terus Berlalu
Semua Berakhir PadaMu
*kepada siapa yang dicintai???Allah dan Rasul atau sesama manusia???
*kepada siapa yang dicintai???Allah dan Rasul atau sesama manusia???
Tuesday, November 22, 2011
Kucing Serang Tuan Sebab pecahkan gelas {kucing.my}
Saturday, November 19, 2011
ADAKAH KAU LUPA [HQ] - Saladin the Animated series
Adakah Kau Lupa
Kita Pernah Berjaya
Adakah Kau lupa
Kita Pernah Berkuasa
Memayungi Dua Pertiga Dunia
Merentas Benua
Melayari Samudera
Keimanan Juga Ketaqwaan
Rahsia Mereka
Capai Kejayaan
Adakah Kau Lupa
Kita Pernah Berjaya
Adakah Kau lupa
Kita Pernah Berkuasa
Memayungi Dua Pertiga Dunia
Merentas Benua
Melayari Samudera
Keimanan Juga Ketaqwaan
Rahsia Mereka
Capai Kejayaan
Bangunlah Wahai Anak Bangsa
Kita Bina
Kekuatan Jiwa
Tempuh Rintangan Perjuangan
Kekuatan Jiwa
Tempuh Rintangan Perjuangan
Bangunlah Wahai Anak Bangsa
Kita Bina
Kekuatan Jiwa
Tempuh Rintangan Perjuangan
Kekuatan Jiwa
Tempuh Rintangan Perjuangan
Gemilang Generasi Yang Silam
Membawa Arus Perubahan
Keikhlasan Hati Dan Nurani
Ketulusan Jiwa
Mereka Berjuang
Keikhlasan Hati Dan Nurani
Ketulusan Jiwa
Mereka Berjuang
Adakah kau lupa
Sejarah Telah Mengajar Kita
Budaya Islam Di Serata Dunia
Membina Tamadun Berjaya
Mengubah Mengangkat Maruah
Adakah Kau Lupa
Kita Pernah Berjaya
Adakah Kau lupa
Kita Pernah Berkuasa
Memayungi Dua Pertiga Dunia
Merentas Benua
Melayari Samudera
Keimanan Juga Ketaqwaan
Rahsia Mereka
Capai Kejayaan
Adakah Kau Lupa
Adakah Kau Lupa
Adakah Kau Lupa
*Kredit Kepada Pemilik Asal Video
Cat Hugs Baby Kitten Having Nightmare
Kucing pun tahu sayangkan anaknya..manusia pula yang sewenang-wenangnya buang bahkan membunuh dengan kejam zuriat yang tidak bersalah..ada juga kes bapa rogol anak, ibu goda anak, datuk rogol cucu, sepupu rogol sepupu, ipar ambil kesempatan dan bermacam ragam manusia yang persis haiwan..memang benar bidalan: "Dalam Kumpulan Manusia Terdapat Berperangai Seperti Haiwan Bahkan Lebih Teruk Daripada Haiwan Tetapi Dalam Kumpulan Haiwan Tiada Yang Berakal Seperti Manusia"
Thursday, November 17, 2011
KAWAN-HIJJAZ
Kawan,
Apalah Yang Kau Kesalkan,
Kerna Tuhan Kau Kehilangan Kawan,
Kerna Kebenaran Dihina,
Jangan Kau Ragu Dalam Keimanan..
Kadang-kadang Kawan Jadi Lawan,
Kadang-Kadang Lawan Jadi Kawan,
Apalah Disedihkan Hati,
Setiap Insan Di Dalam Kekurangan,
Jangan Sedih Selalu Tersisih,
Bukan Kau Saja Ditimpa Malang,
Ingatlah Para Rasul Mulia,
Lebih Terseksa Menderita,
Mereka bahagia dalam Derita,
Mereka Kaya Di Dalam Papa.
Mereka Memadai Dengan Tuhannya,
Itulah Kebahagiaan,
Di waktu Sempit Seorang Diri,
Kawan Janganlah Disedihkan Hatimu
Jangan Sedih Selalu Tersisih,
Bukan Kau Saja Ditimpa Malang,
Ingatlah Para Rasul Mulia,
Lebih Terseksa Menderita,
Tetapi Mereka Merasai Ramai,
Walaupun Keseorangan,
Kawan,
Apalah Yang Kau Kesalkan,
Kerna Tuhan Kau Kehilangan Kawan,
Kerna Kebenaran Dihina,
Jangan Kau Ragu Dalam Keimanan..
Kadang-kadang Kawan Jadi Lawan,
Kadang-Kadang Lawan Jadi Kawan,
Apalah Disedihkan Hati,
Setiap Insan Di Dalam Kekurangan.
Kawan..........
Tuesday, November 15, 2011
RINDU 2
sambungan....
3)RINDU KEPADA IBU BAPA
Setiap manusia kecuali Nabi Isa a.s mempunyai ibu dan bapa..cuba kita refresh balik semua pengorbanan yang ibu bapa dah berikan kat kita..sejak lahir sampai sekarang ni..diowang bukan nak balasan harta..diowang hanya mahukan anak-anak doakan diowang dan ingat kat diowang..susah sangat ke nak cakap,'mak,abah saya sayangkan mak dan abah','umi abi, anakmu rindukan mu'.'ibu ayah,semoga kalian sentiasa dalam rahmat Illahi'..mana yang masih duk serumah ngan ibu bapa, manfaat masa yang ada dengan diowang..yang duk jauh plak,rajin-rajinlah telefon diowang..bayangkan kegembiraan diowang bila anak-anak yang kat perantauan call dan tanya khabar..kalau diowang boleh melonjak kegembiraan, gerenti diowang dah wat..hehehehe..mana yang ibu bapa dah dijemput Allah, selalulah sedekahkan al-Fatihah sebagai tanda masih ingat kat diowang..jasadnya sahaja yang terkubur..doa dan amal yang anak-anak sedekahkan, masih diterima Allah...
4)RINDU PADA AHLI KELUARGA
Masa kecik, adik beradik la kawan dan musuh..bila dah besar, dah bawa haluan masing-masing, keluarga makin dilupakan...jangan la camtu..tanpa keluarga, siapalah kita..setinngi mana pun pangkat kita, kalau kita bagai kacang lupakan kulit, xberkat juga pangkat yang kita ada tu..xsalah kalau sekali-sekala contact semua ahli keluarga tanyakan khabar..kalau ada masa, pulanglah ke rumah dan pakat untuk kumpul semua..kan seronok 2..rasa RINDU pun dapat diubati..dan jangan lupa sentiasa doakan keluarga..
5)RINDU PADA SAHABAT
sahabat memang payah nak dapat..kawan memang senang je nak dapat..ada hikmah kenapa Allah tetapkan camtu..hikmahnya, supaya kita berhati-hati dalam berukhwah..cari sahabat yang boleh bawa kita kembali kepadaNya..kalau dah nama sahabat ni, memang susah nak putus ikatannya.. kalau sowang ke utara dan sowang ke selatan, mesti akan call tanya khabar..xpun chatting kat FB@YM share apa-apa yang terjadi..syukurlah kepada sesiapa yang masih mempunyai sahabat..bagi yang belum jumpa sahabat, jangan bimbang..Allah sentiasa ada dan Dia Maha Adil....
*ni untuk sahabat yang sama jantina je..yang berlainan jantina, harapnya dapat jaga batas-batas yang dah disyariatkan..
aku rasa dah cukup apa yang aku senaraikan...bagi yang bercinta tetapi belum bernikah, usahlah asyik fikirkan si dia sebab benda tu boleh bawa kepada zina iaitu zina hati sebab rindu pada bukan muhrim, zina akal sebab selalu fikirkan pasal dia dan zina mata telinga sebab tengok gambar si dia selalu dan call sampai berjam-jam..
semua yang dicoretkan adalah peringatan untuk diri sendiri yang selalu lupa dan seringkali buat kesilapan...
Ya Tuhanku, izinkan aku mengadu rasa RINDU kepadaMu..izinkan aku meletakkan RINDU kepada kekasihMu....
Monday, November 14, 2011
RINDU 1
'cuti dah habis,bro'(petikan daripada KL Gangster..hehehehe..)
Hari ni balik kampus semula setelah hampir 10 hari bertapa di rumah..Alhamdulillah, aku dapat jumpa semua termasuklah askar-askar wataniah kat umah..tadi aku sampai dalam kul 4..aku bukan nak cerita pasal apa yang terjadi hari ni, tapi aku nak citer mengenai satu perasaan yang amat sinonim dengan manusia..perasaan yang boleh membuatkan manusia lemah, angau, tidak keruan, menjadi asyik dan apa-apa yang sejajar dan sebaris dengannya..huhuhhuhu..perasaan yang aku maksudkan adalah RINDU..ya...RINDU..dalam bahasa omputih MISS..
siapa yang xpernah rasa rindu???amatlah tipu dan bohong bersama dusta sekali apabila ada yang mengaku dirinya tidak pernah rasa rindu...perasaan ni Allah letakkan dalam diri manusia sebab secara fitrahnya manusia ni lemah..sebab tu Allah campakkan perasaan tu untuk manusia salurkan pada yang berhak..kat bawah ni aku list kan beberapa kategori yang kita patut salurkan rasa RINDU..semua yang kat bawah adalah daripada pengamatan aku yang xseberapa ni..moga adalah sedikit ilmu dan manfaat yang dapat aku kongsikan ngan kowang..
1)RINDU KEPADA ALLAH S.W.T
Of course, yang paling utama adalah salurkan rasa RINDU pada Rabb yang menciptakan setiap kejadian..senang dan mudah tanpa bayaran nak meluahkan rasa rindu pada Tuhan..walaupun sekadar terdetik kat hati kecil, Allah dah tahu hambaNya rindu padaNya..camne nak suburkan rasa rindu yang istimewa ni???senang sangat..bayakkan Zikrullah..xkira la kowang kat mana pun(tapi berpadalah sikit..jangan kat toilet pun kowang zikir kuat-kuat..xelokla,kan..), kowang berzikir..xkisah la kowang nak mengalunkan secara berlagu, atau biasa je..yang penting sebutan kena betul supaya makna xlari daripada makna asal..
Subhanallah Subhanallah Subhanallah Subhanallah....
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Allahuakbar...Allahuakbar....Allahuakbar...Allahuakar....
*kat atas 2,antara zikir yang setiap hari dialunkan masa aku duk asrama dulu..dijadikan nasyid..rasa tenang je....
2)RINDU KEPADA RASULULLAH S.A.W
Kekasih Allah yang teragung...sudah semestinya rasa RINDU diluahkan kepada Nabi Muhammad SAW..baginda manusia agung..contoh yang sempurna..walaupun umat akhir zaman xdapat berjumpa dengan baginda, tidak bererti tidak boleh menyuburkan rasa RINDU kepada baginda...malu rasanya kalau kita tidak mengingati baginda..seorang hamba Allah yang patuh kepada Tuhannya, mengingati umatnya yang tidak sempat ditemui pun menyebut tentang umatnya dihujung nyawa...xkan kita xnak ingat pada baginda..mudah je nak ingat Rasul kesayangan kita ni..selawat..selawatlah sebanyak mana pun..free of charge..xyah nak bank in apa-apa..kita selawat, bank pahala kita akan dikreditkan dengan pahala daripada Allah dan Rasulullah pun akan ingat n kenal kita..didik hati untuk ikhlas mengingati Rasulullah SAW..
Allahummasolli'ala Muhammad
Allahummasolli'ala Muhammad
Allahummasolli'ala Muhammad
*seorang mursyid menyampaikan kepadaku berkenaan hadis berkaitan hikmah selawat..tapi,aku xingat hadisnya,,aku hanya ingat isi kandungan hadis lebih kurang camni:
barangsiapa berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak 100 kali, akan ditunaikan 30 hajatnya di dunia dan 70 hajat di akhirat
yang penting kita sentiasa dambakan rindu kepada baginda....
to be continue..InsyaAllah.........
Monday, October 10, 2011
Tepuk Hati,Tanya Iman
![]() |
| Siapa Pemilik insan ini....hhehehehe...=D |
Sodiqoti:Ya,ukhti..lama xjumpa
Ukhti:(lama merenung pemilik suara yang menyapa,baru memberi respon)Lar..enti rupanya..sejak bila berpurdah ni?kenapa?maaf la xperasan..ingatkan orang Timur tengah mana tadi..
Sodiqoti:Baru je..nak membiasakan diri sebelum bernikah..hehehehehe..
******************************************
Situasi 2
Ukht Kabir:Ukhti kenal x sape yang pakai purdah dalam gambar kat FB ni?
Ukhti:Kenal..kalau xsilap junior kolej ni,kan..kenapa die berpurdah masa ni?kat sini die xpakai pun..
Ukht Kabir:Owh..sebab die xnak orang cam die..kan banyak spy kat luar yang memerhati orang kuat cam die..hihihihihi..
*******************************************
Entry kali ini, hanyalah pandangan dan pendapat aku sahaja. Aku sentiasa sedar yang aku terlalu banyak kekurangan dan kelemahan. Jika apa yang aku nyatakan akan menimbulkan ketidakpuahatian mana-mana pihak, mohon diperbetulkan kesilapan yang aku lakukan. Umat Islam kan, bersaudara...=D
2 situasi kat atas tu, cerita sebenar tapi ada aku olah sedikit supaya tidak menyinggung mana-mana pihak sebab aku mahu jawapan yang tepat mengenai kenapa orang berpurdah..
Straight to the point..
Pada pandangan aku, jawapan kat situasi 1, tidaklah salah cuma pada aku ianya lebih kepada sebab duniawi. Ok..Contoh la,kan..Kalau sodiqoti tu belum nak nikah, adakah dia akn berpurdah juga???Ataupun jika dah bernikah, dan jodohnya tidak berpanjangan, adakah dia akan kekal berpurdah???Ataupun setelah bernikah dan sodiqoti berada dalam situasi yang dikira kurang sesuai berpurdah(contohnya kebetulan beliau dan suaminya dalam sebuah negara yang rakyatnya memang Islamophobia),adakah dia akan mempertahankan imamahnya seperti sekarang????
Aku pun terfikir....
Kenapa jawapan sodiqoti sedemikian rupanya???bukankah lebih molek dan kukuh, jika jawapan beliau:
"Owh..ana berpurdah kerana Allah..Ana mahu lebih hampir kepada Pencipta ana sendiri'...
haaaa..kalau jawapan dia macam ni,aku pun akan tertarik untuk ikut langkah dia untuk berpurdah(jika diizinkan olehNya..=D)dan gerenti aku pun xkan tertanya-tanya sampai sekarang sebab jawapannya kukuh dan meyakinkan..
Untuk situasi 2 pula, jawapan yang diberikan pun xsalah..mungkin disebabkan situasi berkenaan...tapi,yang ini pun buat aku hairan..kenapa disebabkan situasi pada masa tu, dia baru nak berpurdah???Kenapa dia xnak kekalkan berpurdah semasa berada di dalam kawasan kampus???xtakut pula dia dengan spy-spy yang sentiasa memerhatikan gerak langkahnya di dalam kampus...
isyh3..sedih tau bila aku dengar jawapan macamtu..hanya disebabkan takut sesama manusia,takut akan dibuang kolej,baru dia berpurdah..itu pun hanya dalam keadaan sebegitu sahaja..Apa lah salahnya, dia niatkan pakai purdah tu kerana Allah..kan Allah yang berhak atas tiap sesuatu..takutlah pada Allah..bukan kolej yang menentukan hisabnya diakhirat kelak..bukan spy-spy yang akan membantu dirinya jika dia dalam kesusahan..
Ilmu aku xbanyak..aku pun sedang cuba memperbaiki diri dan mengamalkan ilmu-ilmu yang dipinjamkan Allah ni..mujur aku xmudah menilai seseorang disebabkan apa yang terjadi..aku fikir, mungkin mereka punya alasan sendiri..siapalah aku handak menghukum sesama manusia sedangkan Allah yang berhak ke atas diri aku sendiri...sudah tentu Allah sahaja yang berhak menghukum...semoga insan-insan yang berkenaan akan mengikhlaskan segala perbuatannya hanya kerana Allah....
TEPUK HATI,TANYA IMAN..=D
*Daftar kata:
-sodiqoti=sahabat perempuan ku
-Ukti=saudara perempuan ku
-enti=kamu(seorang perempuan)
-ukhti kabir=saudara perempuan yang besar
-ana=saya
-imamah=cara berpakaian
-Allahu Rabbi,ilmuku hanyalah pinjaman daripadaMu..walaupun sedikit, aku bermohon Ya Rabbi, berilah kerahmatan di dalamnya.......-
Thursday, October 6, 2011
Kasihanilah Hawa,Wahai Adam
![]() |
| err...gambar mungkin ada kaitan dengan cerita.. hehehehe..=p |
seorang hawa berjalan sendirian pulang ke kamarnya tidak jauh dari gudang ilmu di kampus tempat dirinya menyambung ilmu. berjalan dengan menundukkan pandangannya daripada melihat sesuatu yang bakal mengundang dosa dirinya. dalam perjalanan, tidak perlu memandang dan entah bagaimana hawa itu sudah mengecam dua adam yang merupakan rakan sekelasnya. 'mungkin mata hati agaknya', desir hati kecil yang sentiasa memikir tentang kejadian sekitarnya. langkah diteruskan. mereka berselisih. si hawa tetap tidak mengangkat pandangannya walaupun dirinya tahu dia sedang dipandang oleh ekor mata salah seorang rakannya.
*******************************************************
ok..cerita pendek yang lebih pendek daripada pendek(kalau buat masa karangan BM SPM,gerenti markah 5 pun xlepas..uhuhuhu)..cerita yang kat atas tu, aku karang guna imaginasi sendiri je..xde kaitan antara yang masih mati ataupun sudah hidup..:p..apa yang aku nak bincangkan kat sini adalah berkenaan PANDANGAN MATA..sekali lagi aku ulang PANDANGAN MATA..
mata yang Allah bagi pinjam kat kita semua ni bukan untuk disalahguna..maksud aku salahguna ni contohnya gunakan mata untuk usha awek yang pakai baju sentiasa xcukup kain..hehehehehe..aku suka menilai orang dari jauh sebab tu aku tahu mata-mata yang sedang mengusha ni..pastu, aku simpan hipotesis sendiri untuk dijadikan pengajaran..
kekadang ada juga mata yang sentiasa menundukkan pandangannya..muslimin ada muslimat pun ada..tujuan mereka mungkin sama..iaitu TIDAK MAHU MATA BERZINA..apa ye maksud mata berzina??pada pandangan aku yang masih mentah ni, maksudnya xnak melihat sesuatu yang mengundang dosa..bagusnya insan-insan yang menjaga pandangan mereka ni..
apa yang aku nak kaitkan kat sini adalah, seorang hawa yang menjaga pandangannya pun xkan terlepas daripada ekor mata nakal kaum adam..KASIHANILAH HAWA,WAHAI ADAM..kaum hawa macam ni, mereka nak perbaiki diri..jadi, kepada adam-adam yang nakal, janganlah jadikan impian mereka untuk menjadi muslimah sejati musnah..ap kaitannya???camni:
-hawa tundukkan pandangan untuk elak maksiat..tetapi secara xsengaja amalannya tu kurang sebab ada bukan muhrim yang pandang mereka..
*-seorang muslimah yang solehah, adalah muslimah yang TIDAK MEMANDANG dan TIDAK PULA DIPANDANG..
main point kukuh kat sini adalah yang aku tandakan *..cuba kowang refresh balik cepen yang aku buat kat atas dan kaitkan dengan point * tadi..nampak x kaitannya??
yela..seorang muslimah yang menundukkan pandangannya untuk menjadi solehah sukar untuk mencapai hasrat murninya disebabkan ada bukan muhrim yang pandang mereka..untuk capai niat suci jadi seorang solehah, salah satu cara, hawa kena tundukkan pandangan dan pada masa sama adam tidak memandang hawa..kat sini, kalau adam dan hawa tundukkan pandangan, masing-masing dapat ganjaran iaitu PAHALA..siapa yang xnak PAHALA,kan..senang je nak dapat..cuma bergantung diri sendiri nak atau x..so,kepada kaum adam,tolong jangan suka duk usha kaum hawa yang nak jadi lebih baik..KASIHANILAH HAWA,WAHAI ADAM..=D
![]() |
| saya tumpang copy paste ye,tuan punya kartun.. jangan saman saya sebab plagiate ea..uhuhuhuhu.. |
-semoga hari-hari mendatang lebih diberkati daripada hari-hari yang berlalu-
Saturday, September 17, 2011
20 SEBAB PAHALA TERGUGUR
1) Kufur,Syirik,Murtad Dan Nifaq
2) Riak
3) Mengungkit Kebaikan Disertai Menyakiti Hati Orang Yang Diberi Kebaikan
4) Mendustai Takdir
5) Meninggalkan Solat Asar
6) Menghukum Dosa Dengan Bersumapah Atas Nama Allah S.W.T
7) Menentang Rasulullah S.A.W Dengan Perkataan Atau Perbuatan
8) Berbuat Bidaah Dalam Agama
9) Melanggar Larangan-laranagan Allah S.W.T Ketika Sedang Bersendirian
10) Senang Dengan Dibunuhnya Orang Mu'min
11) Tinggal Bersama Kaum Musyrik di Negeri Harbi
12) Mendatangi Dukun dan Peramal
13) Derhaka Kepada Kedua-Dua Orang Tua
14) Peminum Khamar(Minuman Keras)
15) Berkata Dusta Dan Beramal Dengannya
16) Memelihara Anjing Kecuali Untuk Menjaga Ternakan, Kebun Atau Memburu
17) Hamba Yang Lari Sampai Dia Kembali Kepada Majikannya
18) Wanita Yang Derhaka Kepada Suaminya Sampai Dia Kembali Taat
19) Orang Yang Menjadi Imam,Sedang Makmum Benci Kepadanya
20) Tidak Menyapa Saudara Sesama Muslim Tanpa Alasan Syar'i
Rujukan:Sebab-sebab Pahala Tergugur,Syeikh Salim bin 'Ied Al-Hilali
Thursday, September 15, 2011
CintaMu Dalam Hatiku-Debu
CintaMu Dalam Hatiku Memenuhinya Begitu
CintaMu Dalam Hatiku Memenuhinya Begitu
CintaMu Dalam Hatiku Memenuhinya Begitu
CintaMu Dalam Hatiku Memenuhinya Begitu
Jadi Segala Sesuatu Yang Kembalilah Di Situ
CintaMu Dalam Hatiku Memenuhinya Begitu
CintaMu Dalam Hatiku Memenuhinya Begitu
Kaya Sinar Matahari
Atas Permukaan Hati
Kaya Sinar Matahari
Atas Permukaan Hati
CintaiMu Meliputi Hatiku Sama Sekali
CintaMu Dalam Hatiku Memenuhinya Begitu
CintaMu Dalam Hatiku Memenuhinya Begitu
Dalam Hati,Terhadap Malam,Kacau Balau Tanpa Salam
Dalam Hati,Terhadap Malam,Kacau Balau Tanpa Salam
Hati Muram Suram Guram,Gelap Muka Penuh Waham
Dari Sinar Suria Terang
Maka Tudung Waham Hilang
Tidak Terlihat Sekarang
Selain Cahaya Menerang
CintaMu Dalam Hatiku Memenuhinya Begitu
CintaMu Dalam Hatiku Memenuhinya Begitu
CintaMu Dalam Hatiku Memenuhinya Begitu
CintaMu Dalam Hatiku Memenuhinya Begitu
CintaMu Dalam Hatiku Memenuhinya Begitu
Wednesday, September 14, 2011
Kuasa Illahi-Sulis
*Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rabbi,Ya Illahi
Curahkan Rahmat Dan KasihMu
Rahmat Dan KasihMu
*
Ya Allah Dengarlah Pinta Aku
Kabulkan Doa Harapanku
Berikanlah PetunjukMu
Penuhi Hasrat Kerinduanku
Hasrat Kerinduanku
Hasrat Kerinduanku
*
Ya Illahi Pandanglah Kami
Niscaya Tenteram Jiwa Hati
Agar Ku Dapat KeredhaanMu
Tujuan Akhir Jalan Hidupku
Akhir Jalan Hidupku
Akhir Jalan Hidupku
*
Ya Rasul Ya Rasulullah
Selawat Salam Allah Untukmu
Engkaulah Kekasih Allah
Berikan Cercah Syafaatmu
Ya Ya Rasulullah
*
*
Monday, September 12, 2011
Qasidah Waqtis Sahar
*Waktu Larut Malam Adalah Saat Termuliaknnya Keadaan Mereka Yang Suci
dan Pada Waktu itu pula Semakin Pemurah Sang Maha Mulia
Dengan anugerah Untuk Mereka Yang Menepati Janji Dalam MengunjungiNya
Berapa banyak orang-orang Yang Ditimpa Musibah Yang Di Waktu Larut Malam Itu(Mereka Bermunajat KepadaNya)
Maka Mereka Mendapatkan Pencabutan Atas Musibahnya
Dan Berapa Banyak Pula Para Hamba Yang Termuliakan Dengan Terhubung Hatinya Dengan Sang Nabi SAW
Maka Ia Disambut Dengan Anugerah Yang Terlihat Dan Yang Tersembunyi
Dan Turunlah Untuknya Kasih Sayang Dan Kelembutan Dari Yang Sangat Indah KelembutanNya
*
**Dari Kehinaan Dan Setiap Dosa,Anugerah MaafNya Pun Melimpah
Dan Pijaran Cahaya Kemuliaan Dan Keluhuran Untuknya Terus Bercahaya Indah
**
Maka Cukuplah Kedermawanan Tuhan Kita Yang Maha Tinggi Dan Maha Mencukupi Segenap HambaNya
Dan Sampai Di Sinilah Wahai Yang Memahami,Terhenti Ucapan Dan Kata-kata
*
***Siapakah Pula Yang Mampu Menggambarkan Kemegahan Curahan Hujan RahmatNya Bila Sedang Melimpah
Wahai Tuhan Tambahkan Bagi Kami Pemberian,Wahai Tuhan Kami Tambahkanlah Sesuatu Yang Berharga
***
Maka Berlemah Lembutlah Dengan Kami,Sungguh Engkau Sebaik Baik Yang Berlemah Lembut
Dan Limpahkanlah Kemuliaan Bagi Kami Dengan Sambutan Kemegahan Kamar-kamar IstanaMu
Allah...Allah..Allah..
Begitu banyak ganjaran untuk hamba-hambaMu yang sering merintih kepadaMu
Mengapa begitu sukar untuk aku merintih kepadaMu??
Lemahnya aku di hadapanMu,Allah
Malunya aku kerna sering alpa dengan duniawi
Malunya aku denganMu kerana tidak berupaya untuk bermunajat kepadaMu di saat insan lain lena dibuai mimpi nan indah
Bimbinglah aku untuk kembali kepada jalanMu yang lurus
Sebutir Pasir
Subhanallah...
Indah sungguh pantai ciptaan Tuhan
Hempasan ombak melagukan kalimah memuji Pencipta
Hembusan bayu seakan irama mengiringi lagu pujian ke atas Tuhan
Kaki yang dipinjam Tuhan melangkah menyelusuri persisir pantai
Terasa lembutnya pasir yang dipijak
Mata melihat pemandangan
Telinga mendengar alunan muzik alam
Hati tidak terlepas memuji ciptaan maha hebat Pemilik Alam
Langkah terhenti di satu perhentian pantai
Perlahan-lahan mencari istirehat di atas hamparan pepasir
Tangan yang dianugerahkanNya menyentuh hamparan
Digenggam pepasir
Mudah mengatakan ianya pasir
Lalu diceraikan pepasir
Sehingga menjadi sebutir pasir
Sehingga menjadi sebutir pasir
Halusnya ia
Mudah ditiup sang bayu
Namun,tanpa sebutir pasir ini
Tidak akan menjadi segenggam pasir
Begitulah perumpaan dengan persaudaraan sesama Islam..seorang saudara yang ditinggalkan bersendirian,akan mudah 'diterbangkan' dengan sedikit cabaran..hulurlah bantuan jika saudara memerlukan bantuan..jangan dibiarkan dirinya terumbang-ambing sendirian..pekalah atas segala keperluan saudara..Ibarat baju..tanpa gabungan benang,sukar menjadikan baju sebagai pakaian..
Saturday, March 5, 2011
Rabithah-Izzatul Islam
Bahawa Hati Ini Telah Berpadu
Berhimpunan Dalam Naungan CintaMu
Bertemu Dalam Ketaatan
Bersatu Dalam Perjuangan
Menegakkan Syariat Dalam Kehidupan
Kuatkanlah Ikatannya
Tegakkanlah Cintanya
Tunjukkilah Jalan-jalannya
Terangilah Dengan CahayaMu
Yang Tiada Pernah Padam
Ya Rabbi Bimbinglah Kami
Lapangkanlah Dada Kami
Dengan Karunia Iman
Dan Indahnya Tawakkal PadaMu
Hidupkan Dengan MakrifahMu
Matikan Dalam Syahid Di JalanMu
Engkaulah Pelindung Dan Pembela
Kuatkanlah Ikatannya
Tegakkanlah Cintanya
Tunjukilah Jalan-jalannya
Terangilah Dengan CahayaMu
Yang Tiada Pernah Padam
Ya Rabbi Bimbinglah Kami
Ya Rabbi Bimbinglah Kami
Ya Rabbi Bimbinglah Kami
Doa Rabithah doa memperkukuhkan ikatan perhubungan..hubungan dengan ibu bapa, keluarga adik beradik, suami, isteri, anak-anak, saudara mara dan sebagainya..yang penting kasihilah Allah dan RasulNya melebihi kita menyayangi semua makhluk di muka Bumi ini..kita akan dibangkitkan di padang Mahsyar dengan orang yang kita cintai..jika kita mencintai Rasulullah,maka mudah-mudahan kita akan bersama-sama Baginda di akhirat kelak..
Allahummasolli'ala Muhammad...
Friday, February 25, 2011
Februari 2011
Wohoo!!!pejam celik...tidur bangun..sudah hampir dua bulan aku tidak meng'update' blog aku yang tidak seberapa ini..tidak sangka sudah masuk tahun 2011..umurku juga sudah memasuki alam 20-an..alam awal dewasa dan akhir remaja(mengikut teori Freud kalau aku xsilap..uhuhuhu..)..hmmm..masuk bulan kedua untuk tahun masihi ini,banyak perkara yang berlaku...dari awal bulan,sampai sekarang..bila aku renung kembali,Subhanallah..begitu indah aturan Allah untuk hambaNya..kat bawah ini,aku list kan beberapa peristiwa yang terjadi..ada la gambar sikit yang aku snap guna kamera telefon aku yang orang sekarang dah jarang guna...(semua duk pi kejaq iphone@blackberry@ipad ja..uhuhuhu)
1)31 Januari - 4 Februari 2011Alhamdulillah..Allah makbulkan juga permintaanku untuk menjalankan misi Islamiah..lajnah kegiatan luar,ISIUKM ada buat OPKIM di Sarawak..sahabat aku,nani yang ajak..dengan cepat dan pantas,aku menerima pelawaan beliau..aku dah xfikir soal wang perbelanjaan di sana..tetapi,aku fikir DAKWAH..aku teringin sekali untuk berdakwah..ya!!!aku bukan seorang yang sempurna..dan aku juga bukan seorang yang alim..tetapi,keinginan aku untuk menegakkan syiar Islam,semakin menebal..aku tahu aku serba kekurangan..banyak lagi suruhan Allah yang aku gagal untuk sempurnakan..anganku tinggi..namun,upaya ku rendah..aku hanya berdoa,meminta pada Rabb ku untuk memberi aku sedikit kekuatan untuk menghadapi segala dugaan yang diberikan olehNya kepadaku.. Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah..Allah telah menunaikan hajatku..di bawah ini,ada sedikit memori yang aku calitkan untuk aku jadikan kenangan sepanjang hidupku di bumi Tuhan ini..
pintu hadapan Pusat Penerangan Islam,Kuching,Sarawak yang bertemakan ukiran China
Tempat penginapan para muslimah..tempat masak dan makan sekali..=p

saudari nani yang mempelawa aku untuk join misi dakwah@OPKIM ni..=D
jazakillah,ukhti..=D

gotong-royong membuat pasuh(masak ayam dalam buluh0
.rasanya macam ayam sup tapi lebih segar..sedap woo!!!=D)

barisan sebahagian peserta yang join..yang lain duk beramah mesra dengan orang kampung..
ustaz kancil yang banyak berjasa kepada rombongan kami..jazakallah,ustaz..=D

kelas fardhu 'ain ringkas di kalangan wanita

sesi soal jawab dan ramah mesra
2) 15 Februari 2011
Hari ini hari kelahiran jujungan besar Nabi Muhammad kekasih Allah..15 feb bersamaan 12 Rabiul'awal 1432 H...aku dan beberapa rakan kelasku menghadiri majlis maulid di Bangi Seksyen 1 bawah projek PITRAH..Alhamdulillah..semua berjalan lancar..selepas program berlangsung,kami bershopping di Kajang..wohoo!!pertama kali aku keluar dengan coursemate yang ramai camtu..hehehehehehe..hmmm..tiada gambar yang aku snap..hanya kenangan bersama-sama mereka..
3) 19 Februari 2011
OPKIM sudah..shopping pun sudah..now,aku akan panjat bukit pula..dulu dah naik gunung angsi yang 90 darjah tu..dan Alhamdulillah..aku berjaya sampai ke puncak..credit to member yang sanggup bersama-sama si siput ni..termengah-mengah aku panjat gunung tu..hmm..memang kenangan seumur hidup..then,bukit broga@ nama inggerisnya Broga Hill..sampai juga aku kat puncak walaupun sekadar puncak pertama..suasana yang sangat indah..Subhanallah..begitu indah ciptaan Allah Maha Kuasa..
waktu ni baru sampai puncak..lebih kurang 5.45 pagi..lihat gambar ni dengan mata kasar dan mata hati..Subhanallah..
ni lebih kurang 7.00 pagi..Subhanallah..tidak berhenti hati ini memuji kebesaran Illahi..
tengok pemandangan..abaikan orang-orang yang aku sendiri xkenal..ahax..
pemandangan pagi membuka tirainya..Subhanallah..
macam lukisan je,kan bukit 2..inilah lukisan alam oleh Yang Maha Pencipta..Subhanallah..
jam 7.00 ke atas
haaa...tu je la memori bulan februari ni..xbanyak..tapi cukup memberi makna dan pengajaran..Allah mengajar kita dengan pelbagai cara..cuma bergantung pada diri kita sama ada mahu mempelajari ataupun tidak..bergantung pada hati..aku pun bukan betul sangat..selalu buat silap..sedih sebab jauh lagi nak mencapai tahap yang sepatutnya..aku masih merangkak..sedangkan ramai sudah kenalanku sudah boleh berlari..
Allahurabbi..jagakan hati ku daripada kelalaian..redhakan segala perbuatanku di jalanMu..
Subscribe to:
Comments (Atom)


.jpg)

