Salam

Tuesday, December 20, 2011

SEMUT,SAKIT DAN NISA'

Suatu petang, sedang khusyu' Nisa' mencari bahan ilmiah untuk dijadikan rujukan assignment di internet, dengan pantas tangan kanan Nisa' menepis sesuatu yang bergerak di bahagian ubun-ubun..

pup..jatuh 'benda' yang membuatkan Nisa' sedikit terganggu..

Dipandang ke atas meja, rupa-rupanya seekor semut berwarna perang sedang mengeliuk kesakitan kerana tepisan Nisa' tadi..tangan Nisa' pantas mencapai tisu mahu dipenyekkan makhluk Allah yang kerdil berkenaan..Namun, tangan Nisa' terhenti pabila melihat kesungguhan semut berkenaan untuk bangun walaupun badannya sudah terlipat dua sehinggakan bahagian punggung semut menyentuh bahagian kepala semut..

Nisa' melihat dengan rasa bersalah...

'Maafkan aku,semut..aku tak sengaja', bicara Nisa' dengan sayu..dan Nisa' meneruskan pencarian mencari bahan..

Semut tetap gigih untuk meneruskan perjalanannya walaupun kaki belakangnya, hampir tercabut, semut tetap gigih mendapatkan tubuhnya yang asal..

Selang lima minit,Nisa' kembali melihat semut tadi..

Dan...

Seakan tidak percaya..semut kembali seperti sedia kala dan mampu berjalan walaupun terhincut..

Subhanallah...

Dengan berhati-hati,Nisa' mengangkat semut berkenaan untuk didekatkan ke manisan..

Nisa' perhatikan semut berkenaan..Desus hati Nisa', 'Semut pun bertasbih kepada Allah..semut ni lebih mulia daripada aku..alangkah berdosanya aku jika aku membunuh ia tadi'..

Semut dan Nisa' berpandangan..semut seakan memahami apa yang dituturkan dalam hati Nisa'(dengan izin Allah pastinya..)

Nisa' membiarkan semut menjamah rezekinya dan beliau meneruskan tugasannya..

Tidak sampai lima minit, Nisa' memandang kembali manisan tadi, tetapi semut sudah menghilang..Dicari sekeliling meja,langsung tidak kelihatan semut yang kesakitan tadi...

Nisa' termenung seketika dan bermonolog..'Mungkinkah ini petanda daripada Allah?'

***************************************************************

Pengajaran yang aku nak selitkan daripada cerita kat atas:

1) Jangan memamndang hina makhluk Allah yang lain..walaupun nampak kecil, tetapi semua yang ada kat Bumi ni, Allah yang cipta..jadi,JANGAN BONGKAK
2) SENTIASA RENDAH DIRI dalam beramal..jangan bermegah dengan amalan yang dibuat..sebenarnya ramai lagi yang lebih hebat daripada kita
3)SENTIASA MUHASABAH tak kira kat mana pun..belajarlah daripada sekeliling

Yang lain, pandai-pandaila kowang fikir dan nilai..hehehehe..=D



No comments:

Post a Comment