Salam

Friday, December 9, 2011

Nak Mengadu Pada Siapa ye???

pernah x kowang rasa keseorangan??dah la sowang-sowang, masalah bertimbun..xde sapa nak nolong..hmmm..cuba kowang (diri aku sendiri terutamanya) bandingkan diri kowang dengan salah seorang serikandi Islam ni..

Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim a.s melahirkan Nabi Ismail a.s. Berdasarkan sejarah, Siti Hajar ditinggalkan di tengah padang pasir, tanpa penghuni iaitu Mekah..Pada masa ni, Mekah hanyalah kawasan lapang berpasir yang kosong..

(Nabi Ibrahim a.s pun bukanlah terus tinggalkan tanpa menjenguk mereka..Nabi Ibrahim a.s tetap menjenguk mereka..ni sebagai bukti Nabi Ibrahim a.s xabaikan tanggungjawab pada anak dan isteri..) 

kenapa Siti Hajar ditinggalkan ye???

hikmahnya, Allah nak bagi sesuatu yang istimewa..dengan peristiwa Siti Hajar berulang-alik dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali, maka umat Islam turut merasainya hingga kini semasa menunaikan haji..kedua, dengan hentakan kaki Nabi Ismail a.s(dengan izin Allah tentunya), maka terjadilah air zam-zam yang tidak kering sehingga kini..


agak-agak kowang la,camne Siti Hajar boleh kuat menghadapi semua seorang diri??

Rahsianya, Siti Hajar meletakkan Allah paling utama..semasa Siti Hajar ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s, beliau juga menangis dan merayu tidak ditinggalkan.. Tetapi apabila Nabi Ibrahim katakan bahawa ianya adalah perintah Allah, secara rela dan ikhlas, Siti Hajar membiarkan Nabi Ibrahim meninggalkan mereka sendirian..

Siti Hajar juga menangis dan merayu untuk tidak ditinggalkan..kowang pun kalau first time pisah ngan mak ayah, mesti melalak xingat dunia,kan(cam aku masa masuk asrama dulu..hehehe)..nangis tu xsalah..tapi jangan melampau..cuba ikhlaskan hati..mesti ada hikmah kenapa Allah biarkan kowang pisah ngan mak ayah..sebabnya, Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik dan bermakna..

eh eh..cam lari tajuk je..

xlari pun..

masa Siti Hajar ditinggalkan, pada siapa beliau mengadu??sudah tentu Allah..pada siapa beliau berharap??Allah juga..dan pada siapa beliau bergantung harap dan mengharapkan Nabi Ismail a.s dijaga sewaktu beliau berulang alik dari Safa ke Marwah demi mencaria air untuk anaknya??sudah pasti ALLAH..

nampak x???

kita sepatutnya cari Allah untuk mengadu semua masalah kita..xsalah nak cari kawan meluahkan perasaan..carilah..tetapi, banyak perbezaannya..ngadu kat kawan,xsemestinya kawan akan bagi cadangan yang kita nak..kadang-kadang kita yang kena balik..ngadu kat Allah,hati tenang..jalan penyelesaianya pasti ada walaupun bukan on the spot..Allah tahu hati hamba-hambaNya..Allah sentiasa Maha Mendengar..rintihlah padaNya..menangis lah depanNya..rahsia kita, pasti Allah simpan(sebab Allah memang dah tahu rahsia kita)..bagi rahsia kat kawan, xsemestinya selama-lamanya akan tersimpan sebab kawan juga manusia..dan manusia mudah lupa dan alpa...

dengan berselawat pun hati kita akan tenteram..melalui selawat,Nabi Muhammad s.a.w akan mengenali umatnya..kan seronok apabila kekasih kita dapat kenal kita..bila berselawat, rasa masalah dah selesai..tenang dan tenteram samapi boleh khayal sebab dah masyuk dengan selawat..:D

aku bukanlah seorang yang penuh ilmunya..ni sekadar peringatan untuk aku dan kowang..aku pn selalu je lupa..cubalah kita sama-sama mengadu pada Allah..hasilnya, kita xkan kecewa..Allah Is The Best..Muhammad Is Special..

No comments:

Post a Comment