Salam

Monday, November 28, 2011

Rapuh - Opick



Detik Waktu Terus Berjalan
Perhiaskan Gelap dan Terang
Suka dan Duka
Tangis dan Tawa
Tergores Bagai Lukisan 

Seribu Mimpi
Berjuta Sepi
Hadir Bagai Teman Sejati
Diantara Lelahnya Jiwa 
Dalam Resah dan Airmata
Ku Persembahkan 
KepadMu Yang Terindah Dalam Hidupku

Meski Ku Rapuh 
Dalam Langkah
Kadang Tak Setia KepadaMu 
Namun Cinta 
Dalam Jiwa 
Hanyalah PadaMu
Maafkanlah Bila Hati 
Tak Sempurna MencintaiMu
Dalam Dada 
Ku Harap Hanya DiriMu Yang Bertakhta

Maafkanlah Bila Hati 
Tak Sempurna MencintaiMu
Dalam Dada 
Ku Harap Hanya DiriMu Yang Bertakhta

Meski Ku Rapuh 
Dalam Langkah
Kadang Tak Setia KepadaMu
Namun Cnta 
Dalam Jiwa
Hanyalah PadaMu
Maafkanlah Bila Hati 
Tak Sempurna MencintaiMu
Dalam Dada 
Ku Harap Hanya DiriMu Yang Bertakhta
Meski Ku Rapuh Dalam Langkah
Kadang Tak Setia Kepadamu
Namun Cinta Dalan Jiwa Hanyalah Padamu

Maafkanlah Bila Hati 
Tak Sempurna MencintaiMu
Dalam Dada 
Ku Harap Hanya DiriMu Yang Bertakhta

Detik Waktu Terus Berlalu
Semua Berakhir PadaMu


*kepada siapa yang dicintai???Allah dan Rasul atau sesama manusia???

Tuesday, November 22, 2011

Kucing Serang Tuan Sebab pecahkan gelas {kucing.my}




mungkin kucing ni dilatih untuk peka dengan apa-apa yang mengejutkan..tuannya pun baik sebab dia xsampai hati nak tendang kucing tu..

Saturday, November 19, 2011

ADAKAH KAU LUPA [HQ] - Saladin the Animated series


Adakah Kau Lupa
Kita Pernah Berjaya
Adakah Kau lupa
Kita Pernah Berkuasa
Memayungi Dua Pertiga Dunia 
Merentas Benua
Melayari Samudera
Keimanan Juga Ketaqwaan
Rahsia Mereka
Capai Kejayaan

Adakah Kau Lupa
Kita Pernah Berjaya
Adakah Kau lupa
Kita Pernah Berkuasa
Memayungi Dua Pertiga Dunia 
Merentas Benua
Melayari Samudera
Keimanan Juga Ketaqwaan
Rahsia Mereka
Capai Kejayaan

Bangunlah Wahai Anak Bangsa
Kita Bina 
Kekuatan Jiwa 
Tempuh Rintangan Perjuangan


Bangunlah Wahai Anak Bangsa
Kita Bina 
Kekuatan Jiwa 
Tempuh Rintangan Perjuangan

Gemilang Generasi Yang Silam
Membawa Arus Perubahan
Keikhlasan Hati Dan Nurani
Ketulusan Jiwa
Mereka Berjuang

Keikhlasan Hati Dan Nurani
Ketulusan Jiwa
Mereka Berjuang
Adakah kau lupa

Sejarah Telah Mengajar Kita
Budaya Islam Di Serata Dunia
Membina Tamadun Berjaya
Mengubah Mengangkat Maruah


Adakah Kau Lupa
Kita Pernah Berjaya
Adakah Kau lupa
Kita Pernah Berkuasa
Memayungi Dua Pertiga Dunia 
Merentas Benua
Melayari Samudera
Keimanan Juga Ketaqwaan
Rahsia Mereka
Capai Kejayaan

Adakah Kau Lupa
Adakah Kau Lupa
Adakah Kau Lupa


*Kredit Kepada Pemilik Asal Video

Cat Hugs Baby Kitten Having Nightmare


Kucing pun tahu sayangkan anaknya..manusia pula yang sewenang-wenangnya buang bahkan membunuh dengan kejam zuriat yang tidak bersalah..ada juga kes bapa rogol anak, ibu goda anak, datuk rogol cucu, sepupu rogol sepupu, ipar ambil kesempatan dan bermacam ragam manusia yang persis haiwan..memang benar  bidalan: "Dalam Kumpulan Manusia Terdapat Berperangai Seperti Haiwan Bahkan Lebih Teruk Daripada Haiwan Tetapi Dalam Kumpulan Haiwan Tiada Yang Berakal Seperti Manusia"

Thursday, November 17, 2011

KAWAN-HIJJAZ



Kawan,
Apalah Yang Kau Kesalkan,
Kerna Tuhan Kau Kehilangan Kawan,
Kerna Kebenaran Dihina,
Jangan Kau Ragu Dalam Keimanan..

Kadang-kadang Kawan Jadi Lawan,
Kadang-Kadang Lawan Jadi Kawan,
Apalah Disedihkan Hati,
Setiap Insan Di Dalam Kekurangan,

Jangan Sedih Selalu Tersisih,
Bukan Kau Saja Ditimpa Malang,
Ingatlah Para Rasul Mulia,
Lebih Terseksa Menderita,
Mereka bahagia dalam Derita,
Mereka Kaya Di Dalam Papa.

Mereka Memadai Dengan Tuhannya,
Itulah Kebahagiaan,
Di waktu Sempit Seorang Diri,
Kawan Janganlah Disedihkan Hatimu

Jangan Sedih Selalu Tersisih,
Bukan Kau Saja Ditimpa Malang,
Ingatlah Para Rasul Mulia,
Lebih Terseksa Menderita,
Tetapi Mereka Merasai Ramai,
Walaupun Keseorangan,

Kawan,
Apalah Yang Kau Kesalkan,
Kerna Tuhan Kau Kehilangan Kawan,
Kerna Kebenaran Dihina,
Jangan Kau Ragu Dalam Keimanan..

Kadang-kadang Kawan Jadi Lawan,
Kadang-Kadang Lawan Jadi Kawan,
Apalah Disedihkan Hati,
Setiap Insan Di Dalam Kekurangan.

Kawan..........

Tuesday, November 15, 2011

RINDU 2

sambungan....

3)RINDU KEPADA IBU BAPA
Setiap manusia kecuali Nabi Isa a.s mempunyai ibu dan bapa..cuba kita refresh balik semua pengorbanan yang ibu bapa dah berikan kat kita..sejak lahir sampai sekarang ni..diowang bukan nak balasan harta..diowang hanya mahukan anak-anak doakan diowang dan ingat kat diowang..susah sangat ke nak cakap,'mak,abah saya sayangkan mak dan abah','umi abi, anakmu rindukan mu'.'ibu ayah,semoga kalian sentiasa dalam rahmat Illahi'..mana yang masih duk serumah ngan ibu bapa, manfaat masa yang ada dengan diowang..yang duk jauh plak,rajin-rajinlah telefon diowang..bayangkan kegembiraan diowang bila anak-anak yang kat perantauan call dan tanya khabar..kalau diowang boleh melonjak kegembiraan, gerenti diowang dah wat..hehehehe..mana yang ibu bapa dah dijemput Allah, selalulah sedekahkan al-Fatihah sebagai tanda masih ingat kat diowang..jasadnya sahaja yang terkubur..doa dan amal yang anak-anak sedekahkan, masih diterima Allah...

4)RINDU PADA AHLI KELUARGA
Masa kecik, adik beradik la kawan dan musuh..bila dah besar, dah bawa haluan masing-masing, keluarga makin dilupakan...jangan la camtu..tanpa keluarga, siapalah kita..setinngi mana pun pangkat kita, kalau kita bagai kacang lupakan kulit, xberkat juga pangkat yang kita ada tu..xsalah kalau sekali-sekala contact semua ahli keluarga tanyakan khabar..kalau ada masa, pulanglah ke rumah dan pakat untuk kumpul semua..kan seronok 2..rasa RINDU pun dapat diubati..dan jangan lupa sentiasa doakan keluarga..

5)RINDU PADA SAHABAT
sahabat memang payah nak dapat..kawan memang senang je nak dapat..ada hikmah kenapa Allah tetapkan camtu..hikmahnya, supaya kita berhati-hati dalam berukhwah..cari sahabat yang boleh bawa kita kembali kepadaNya..kalau dah nama sahabat ni, memang susah nak putus ikatannya.. kalau sowang ke utara dan sowang ke selatan, mesti akan call tanya khabar..xpun chatting kat FB@YM share apa-apa yang terjadi..syukurlah kepada sesiapa yang masih mempunyai sahabat..bagi yang  belum jumpa sahabat, jangan bimbang..Allah sentiasa ada dan Dia Maha Adil....

*ni untuk sahabat yang sama jantina je..yang berlainan jantina, harapnya dapat jaga batas-batas yang dah disyariatkan..

aku rasa dah cukup apa yang aku senaraikan...bagi yang  bercinta tetapi belum bernikah, usahlah asyik fikirkan si dia sebab benda tu boleh bawa kepada zina iaitu zina hati sebab rindu pada bukan muhrim, zina akal sebab selalu fikirkan pasal dia dan zina mata telinga sebab tengok gambar si dia selalu dan call sampai berjam-jam..

semua yang dicoretkan adalah peringatan untuk diri sendiri yang selalu lupa dan seringkali buat kesilapan...

Ya Tuhanku, izinkan aku mengadu rasa RINDU kepadaMu..izinkan aku meletakkan RINDU kepada kekasihMu....


Monday, November 14, 2011

RINDU 1

'cuti dah habis,bro'(petikan daripada KL Gangster..hehehehe..)

Hari ni balik kampus semula setelah hampir 10 hari bertapa di rumah..Alhamdulillah, aku dapat jumpa semua termasuklah askar-askar wataniah kat umah..tadi aku sampai dalam kul 4..aku bukan nak cerita pasal apa yang terjadi hari ni, tapi aku nak citer mengenai satu perasaan yang amat sinonim dengan manusia..perasaan yang boleh membuatkan manusia lemah, angau, tidak keruan, menjadi asyik dan apa-apa yang sejajar dan sebaris dengannya..huhuhhuhu..perasaan yang aku maksudkan adalah RINDU..ya...RINDU..dalam bahasa omputih MISS..

siapa yang xpernah rasa rindu???amatlah tipu dan bohong bersama dusta sekali apabila ada yang mengaku dirinya tidak pernah rasa rindu...perasaan ni Allah letakkan dalam diri manusia sebab secara fitrahnya manusia ni lemah..sebab tu Allah campakkan perasaan tu untuk manusia salurkan pada yang berhak..kat bawah ni aku list kan beberapa kategori yang kita patut salurkan rasa RINDU..semua yang kat bawah adalah daripada pengamatan aku yang xseberapa ni..moga adalah sedikit ilmu dan manfaat yang dapat aku kongsikan ngan kowang..

1)RINDU KEPADA ALLAH S.W.T
Of course, yang paling utama adalah salurkan rasa RINDU pada Rabb yang menciptakan setiap kejadian..senang dan mudah tanpa bayaran nak meluahkan rasa rindu pada Tuhan..walaupun sekadar terdetik kat hati kecil, Allah dah tahu hambaNya rindu padaNya..camne nak suburkan rasa rindu yang istimewa ni???senang sangat..bayakkan Zikrullah..xkira la kowang kat mana pun(tapi berpadalah sikit..jangan kat toilet pun kowang zikir kuat-kuat..xelokla,kan..), kowang berzikir..xkisah la kowang nak mengalunkan secara berlagu, atau biasa je..yang penting sebutan kena betul supaya makna xlari daripada makna asal..

Subhanallah Subhanallah Subhanallah Subhanallah....
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Allahuakbar...Allahuakbar....Allahuakbar...Allahuakar....

*kat atas 2,antara zikir yang setiap hari dialunkan masa aku duk asrama dulu..dijadikan nasyid..rasa tenang je....

2)RINDU KEPADA RASULULLAH S.A.W
Kekasih Allah yang teragung...sudah semestinya rasa RINDU diluahkan kepada Nabi Muhammad SAW..baginda manusia agung..contoh yang sempurna..walaupun umat akhir zaman xdapat berjumpa dengan baginda, tidak bererti tidak boleh menyuburkan rasa RINDU kepada baginda...malu rasanya kalau kita tidak mengingati baginda..seorang hamba Allah yang patuh kepada Tuhannya, mengingati umatnya yang tidak sempat ditemui pun menyebut tentang umatnya dihujung nyawa...xkan kita xnak ingat pada baginda..mudah je nak ingat Rasul kesayangan kita ni..selawat..selawatlah sebanyak mana pun..free of charge..xyah nak bank in apa-apa..kita selawat, bank pahala kita akan dikreditkan dengan pahala daripada Allah dan Rasulullah pun akan ingat n kenal kita..didik hati untuk ikhlas mengingati Rasulullah SAW..

Allahummasolli'ala Muhammad
Allahummasolli'ala Muhammad
Allahummasolli'ala Muhammad

*seorang mursyid menyampaikan kepadaku berkenaan hadis berkaitan hikmah selawat..tapi,aku xingat hadisnya,,aku hanya ingat isi kandungan hadis lebih kurang camni:

barangsiapa berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak 100 kali, akan ditunaikan 30 hajatnya di dunia dan 70 hajat di akhirat

yang penting kita sentiasa dambakan rindu kepada baginda....


to be continue..InsyaAllah.........