Salam

Monday, October 10, 2011

Tepuk Hati,Tanya Iman

Siapa Pemilik insan ini....hhehehehe...=D

Situasi 1
Sodiqoti:Ya,ukhti..lama xjumpa
Ukhti:(lama merenung pemilik suara yang menyapa,baru memberi respon)Lar..enti rupanya..sejak bila berpurdah ni?kenapa?maaf la xperasan..ingatkan orang Timur tengah mana tadi..
Sodiqoti:Baru je..nak membiasakan diri sebelum bernikah..hehehehehe..
******************************************
Situasi 2
Ukht Kabir:Ukhti kenal x sape yang pakai purdah dalam gambar kat FB ni?
Ukhti:Kenal..kalau xsilap junior kolej ni,kan..kenapa die berpurdah masa ni?kat sini die xpakai pun..
Ukht Kabir:Owh..sebab die xnak orang cam die..kan banyak spy kat luar yang memerhati orang kuat cam die..hihihihihi..


*******************************************


Entry kali ini, hanyalah pandangan dan pendapat aku sahaja. Aku sentiasa sedar yang aku terlalu banyak kekurangan dan kelemahan. Jika apa yang aku nyatakan akan menimbulkan ketidakpuahatian mana-mana pihak, mohon diperbetulkan kesilapan yang aku lakukan. Umat Islam kan, bersaudara...=D


2 situasi kat atas tu, cerita sebenar tapi ada aku olah sedikit supaya tidak menyinggung mana-mana pihak sebab aku mahu jawapan yang tepat mengenai kenapa orang berpurdah..


Straight to the point..


Pada pandangan aku, jawapan kat situasi 1, tidaklah salah cuma pada aku ianya lebih kepada sebab duniawi. Ok..Contoh la,kan..Kalau sodiqoti tu belum nak nikah, adakah dia akn berpurdah juga???Ataupun jika dah bernikah, dan jodohnya tidak berpanjangan, adakah dia akan kekal berpurdah???Ataupun setelah bernikah dan sodiqoti berada dalam situasi yang dikira kurang sesuai berpurdah(contohnya kebetulan beliau dan suaminya dalam sebuah negara yang rakyatnya memang Islamophobia),adakah dia akan mempertahankan imamahnya seperti sekarang????


Aku pun terfikir....


Kenapa jawapan sodiqoti sedemikian rupanya???bukankah lebih molek dan kukuh, jika jawapan beliau:


"Owh..ana berpurdah kerana Allah..Ana mahu lebih hampir kepada Pencipta ana sendiri'...


haaaa..kalau jawapan dia macam ni,aku pun akan tertarik untuk ikut langkah dia untuk berpurdah(jika diizinkan olehNya..=D)dan gerenti aku pun xkan tertanya-tanya sampai sekarang sebab jawapannya kukuh dan meyakinkan..


Untuk situasi 2 pula, jawapan yang diberikan pun xsalah..mungkin disebabkan situasi berkenaan...tapi,yang ini pun buat aku hairan..kenapa disebabkan situasi pada masa tu, dia baru nak berpurdah???Kenapa dia xnak kekalkan berpurdah semasa berada di dalam kawasan kampus???xtakut pula dia dengan spy-spy yang sentiasa memerhatikan gerak langkahnya di dalam kampus...


isyh3..sedih tau bila aku dengar jawapan macamtu..hanya disebabkan takut sesama manusia,takut akan dibuang kolej,baru dia berpurdah..itu pun hanya dalam keadaan sebegitu sahaja..Apa lah salahnya, dia niatkan pakai purdah tu kerana Allah..kan Allah yang berhak atas tiap sesuatu..takutlah pada Allah..bukan kolej yang menentukan hisabnya diakhirat kelak..bukan spy-spy yang akan membantu dirinya jika dia dalam kesusahan..


Ilmu aku xbanyak..aku pun sedang cuba memperbaiki diri dan mengamalkan ilmu-ilmu yang dipinjamkan Allah ni..mujur aku xmudah menilai seseorang disebabkan apa yang terjadi..aku fikir, mungkin mereka punya alasan sendiri..siapalah aku handak menghukum sesama manusia sedangkan Allah yang berhak ke atas diri aku sendiri...sudah tentu Allah sahaja yang berhak menghukum...semoga insan-insan yang berkenaan akan mengikhlaskan segala perbuatannya hanya kerana Allah....


TEPUK HATI,TANYA IMAN..=D


*Daftar kata:
-sodiqoti=sahabat perempuan ku
-Ukti=saudara perempuan ku
-enti=kamu(seorang perempuan)
-ukhti kabir=saudara perempuan yang besar
-ana=saya
-imamah=cara berpakaian


-Allahu Rabbi,ilmuku hanyalah pinjaman daripadaMu..walaupun sedikit, aku bermohon Ya Rabbi, berilah kerahmatan di dalamnya.......-

Thursday, October 6, 2011

Kasihanilah Hawa,Wahai Adam


err...gambar mungkin ada kaitan dengan cerita..
hehehehe..=p

seorang hawa berjalan sendirian pulang ke kamarnya tidak jauh dari gudang ilmu di kampus tempat dirinya menyambung ilmu. berjalan dengan menundukkan pandangannya daripada melihat sesuatu yang bakal mengundang dosa dirinya. dalam perjalanan, tidak perlu memandang dan entah bagaimana hawa itu sudah mengecam dua adam yang merupakan rakan sekelasnya. 'mungkin mata hati agaknya', desir hati kecil yang sentiasa memikir tentang kejadian sekitarnya. langkah diteruskan. mereka berselisih. si hawa tetap tidak mengangkat pandangannya walaupun dirinya tahu dia sedang dipandang oleh ekor mata salah seorang rakannya.

*******************************************************

ok..cerita pendek yang lebih pendek daripada pendek(kalau buat masa karangan BM SPM,gerenti markah 5 pun xlepas..uhuhuhu)..cerita yang kat atas tu, aku karang guna imaginasi sendiri je..xde kaitan antara yang masih mati ataupun sudah hidup..:p..apa yang aku nak bincangkan kat sini adalah berkenaan PANDANGAN MATA..sekali lagi aku ulang PANDANGAN MATA..

mata yang Allah bagi pinjam kat kita semua ni bukan untuk disalahguna..maksud aku salahguna ni contohnya gunakan mata untuk usha awek yang pakai baju sentiasa xcukup kain..hehehehehe..aku suka menilai orang dari jauh sebab tu aku tahu mata-mata yang sedang mengusha ni..pastu, aku simpan hipotesis sendiri untuk dijadikan pengajaran..

kekadang ada juga mata yang sentiasa menundukkan pandangannya..muslimin ada muslimat pun ada..tujuan mereka mungkin sama..iaitu TIDAK MAHU MATA BERZINA..apa ye maksud mata berzina??pada pandangan aku yang masih mentah ni, maksudnya xnak melihat sesuatu yang mengundang dosa..bagusnya insan-insan yang menjaga pandangan mereka ni..

apa yang aku nak kaitkan kat sini adalah, seorang hawa yang menjaga pandangannya pun xkan terlepas daripada ekor mata nakal kaum adam..KASIHANILAH HAWA,WAHAI ADAM..kaum hawa macam ni, mereka nak perbaiki diri..jadi, kepada adam-adam yang nakal, janganlah jadikan impian mereka untuk menjadi muslimah sejati musnah..ap kaitannya???camni:

-hawa tundukkan pandangan untuk elak maksiat..tetapi secara xsengaja amalannya tu kurang sebab ada bukan muhrim yang pandang mereka..
*-seorang muslimah yang solehah, adalah muslimah yang TIDAK MEMANDANG dan TIDAK PULA DIPANDANG..

main point kukuh kat sini adalah yang aku tandakan *..cuba kowang refresh balik cepen yang aku buat kat atas dan kaitkan dengan point * tadi..nampak x kaitannya??

yela..seorang muslimah yang menundukkan pandangannya untuk menjadi solehah sukar untuk mencapai hasrat murninya disebabkan ada bukan muhrim yang pandang mereka..untuk capai niat suci jadi seorang solehah, salah satu cara, hawa kena tundukkan pandangan dan pada masa sama adam tidak memandang hawa..kat sini, kalau adam dan hawa tundukkan pandangan, masing-masing dapat ganjaran iaitu PAHALA..siapa yang xnak PAHALA,kan..senang je nak dapat..cuma bergantung diri sendiri nak atau x..so,kepada kaum adam,tolong jangan suka duk usha kaum hawa yang nak jadi lebih baik..KASIHANILAH HAWA,WAHAI ADAM..=D

saya tumpang copy paste ye,tuan punya kartun..
jangan saman saya sebab plagiate ea..uhuhuhuhu..
-semoga hari-hari mendatang lebih diberkati daripada hari-hari yang berlalu-