Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W....
Alhamdulillah,bersyukur ke atas Maha Kuasa kerana masih memberi peluang kepada ana untuk membetulkan diri ana ini...
Tadi ana ada pergi meeting ajk siswi ISIUKM..
tak pernah ana hadiri mesyuarat yang cepat macam tu..
masing-masing kejar masa untuk pergi ummah talk..
tapi ana tak dapat pergi sebab ana ada mesyuarat lain..
rasa rugi pula..
tapi Allah tak kan membuatkan hambaNya sedih..
ana pergi mesyuarat yang lagi satu,bermakna ana sudah sempurnakan amanah yang diberikan kepada ana..
Alhamdulillah..
ana bukan nak cerita pasal mesyuarat,tapi ana nak cerita pasal kucing..
dalam perjalanan pulang dari mesyuarat siswi,ana ada tejumpa empat ekor anak kucing dan seekor ibunya..
si ibu,semacam marah anaknya sebab tak nak ikut si ibu pulang ke tempatnya..
si anak leka bermain..
tapi wajah si ibu tetap tenang..
ana pun terfikir...
"mak tak pernah masam muka kepadaku walaupun telah banyak aku mengecewakannya..tapi mengapa aku sering bermasam muka jika keinginanku tak dipenuhi?????"
ummi ana sudah meninggal dua tahun lepas kerana kanser payu dara..
ana seringkali merinduinya kerana ana tak sempat berada di sisinya ketika ummi nazak kerana ana berada di matrik..
bukan ana nak mengeluh kerana ana sudah redha dengan ketentuan Allah..
ana tak layak nak mengeluh atau meratapi pemergian ummi..
setiap hidupan akan mati..
begitu juga ana..InsyaAllah..
yang penting ana yakin dan pasti dengan janji Allah bahawa tidak akan Allah turunkan ujian ke atas hambaNya melebihi kemampuan hambaNya..
Alhamdulillah..
ana sedih bila lihat ada si anak yang tidak tahu erti hormat kepada si ibu..
janganlah dimarah ibunya jika ibunya membuat kesilapan sekecil kuman...
janganlah diherdik ibunya jika ibunya lewat menyediakan sarapan..
ana rasa sampai sini sahaja ana mampu coretkan..
sayangilah ummi,ibu,emak,mama, kerana tanpa insan ini tiadalah warisan di bumi Allah ini..