![]() |
| err...gambar mungkin ada kaitan dengan cerita.. hehehehe..=p |
seorang hawa berjalan sendirian pulang ke kamarnya tidak jauh dari gudang ilmu di kampus tempat dirinya menyambung ilmu. berjalan dengan menundukkan pandangannya daripada melihat sesuatu yang bakal mengundang dosa dirinya. dalam perjalanan, tidak perlu memandang dan entah bagaimana hawa itu sudah mengecam dua adam yang merupakan rakan sekelasnya. 'mungkin mata hati agaknya', desir hati kecil yang sentiasa memikir tentang kejadian sekitarnya. langkah diteruskan. mereka berselisih. si hawa tetap tidak mengangkat pandangannya walaupun dirinya tahu dia sedang dipandang oleh ekor mata salah seorang rakannya.
*******************************************************
ok..cerita pendek yang lebih pendek daripada pendek(kalau buat masa karangan BM SPM,gerenti markah 5 pun xlepas..uhuhuhu)..cerita yang kat atas tu, aku karang guna imaginasi sendiri je..xde kaitan antara yang masih mati ataupun sudah hidup..:p..apa yang aku nak bincangkan kat sini adalah berkenaan PANDANGAN MATA..sekali lagi aku ulang PANDANGAN MATA..
mata yang Allah bagi pinjam kat kita semua ni bukan untuk disalahguna..maksud aku salahguna ni contohnya gunakan mata untuk usha awek yang pakai baju sentiasa xcukup kain..hehehehehe..aku suka menilai orang dari jauh sebab tu aku tahu mata-mata yang sedang mengusha ni..pastu, aku simpan hipotesis sendiri untuk dijadikan pengajaran..
kekadang ada juga mata yang sentiasa menundukkan pandangannya..muslimin ada muslimat pun ada..tujuan mereka mungkin sama..iaitu TIDAK MAHU MATA BERZINA..apa ye maksud mata berzina??pada pandangan aku yang masih mentah ni, maksudnya xnak melihat sesuatu yang mengundang dosa..bagusnya insan-insan yang menjaga pandangan mereka ni..
apa yang aku nak kaitkan kat sini adalah, seorang hawa yang menjaga pandangannya pun xkan terlepas daripada ekor mata nakal kaum adam..KASIHANILAH HAWA,WAHAI ADAM..kaum hawa macam ni, mereka nak perbaiki diri..jadi, kepada adam-adam yang nakal, janganlah jadikan impian mereka untuk menjadi muslimah sejati musnah..ap kaitannya???camni:
-hawa tundukkan pandangan untuk elak maksiat..tetapi secara xsengaja amalannya tu kurang sebab ada bukan muhrim yang pandang mereka..
*-seorang muslimah yang solehah, adalah muslimah yang TIDAK MEMANDANG dan TIDAK PULA DIPANDANG..
main point kukuh kat sini adalah yang aku tandakan *..cuba kowang refresh balik cepen yang aku buat kat atas dan kaitkan dengan point * tadi..nampak x kaitannya??
yela..seorang muslimah yang menundukkan pandangannya untuk menjadi solehah sukar untuk mencapai hasrat murninya disebabkan ada bukan muhrim yang pandang mereka..untuk capai niat suci jadi seorang solehah, salah satu cara, hawa kena tundukkan pandangan dan pada masa sama adam tidak memandang hawa..kat sini, kalau adam dan hawa tundukkan pandangan, masing-masing dapat ganjaran iaitu PAHALA..siapa yang xnak PAHALA,kan..senang je nak dapat..cuma bergantung diri sendiri nak atau x..so,kepada kaum adam,tolong jangan suka duk usha kaum hawa yang nak jadi lebih baik..KASIHANILAH HAWA,WAHAI ADAM..=D
![]() |
| saya tumpang copy paste ye,tuan punya kartun.. jangan saman saya sebab plagiate ea..uhuhuhuhu.. |
-semoga hari-hari mendatang lebih diberkati daripada hari-hari yang berlalu-


No comments:
Post a Comment